HARI INI DALAM SEJARAH

 img216/4236/hisschoolss3.jpg

 Beberapa puluh tahun dahulu, kebanyakan penduduk di kawasan kampung Yap Tau Sah terdiri daripada pekebun dan peladang. Untuk anak-anak mereka berpeluang mempelajari, maka sebuah sekolah yang berukuran 50 kaki x 30 kaki yang diperbuat daripada papan dan zink telah dibina di atas sebuah bukit yang bergelar “ Bukit Bendera Bunga ” oleh para pelapor-palpor pada tahun 1932.

Sekolah tersebut dinamakan “Ping Ming” yang membawa maksud rakyat dalam Bahasa Cina. Ini bermakna sekolah tersebut ditubuhkan untuk anak-anak penduduk kampung yang tinggal di sekitar kampung tersebut.

Pada permulaannya Encik Chu Xie Nian telah dilantik sebagai guru besar untuk menguruskan pentadbiran dan mendidik seramai 28 orang murid di sekolah ini.

Pada tahun 1936 bilangan murid di sekolah ini telah beransur tambah, ketika itu guru besar Encik Chong Chok Fang telah mencadangkan supaya meluaskan dan memperkembangkan lagi bangunan sekolah untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Cadangan tersebut dapat disokong oleh penduduk tempatan dengan menjalankan kutipan derma daripada pemurah-pemurah di merata tempat untuk membina sebuah bangunan sekolah yang lebih elok.

Kemudian sekolah ini terpaksa ditutup kerana tentera Jepun telah menjejak tanah air kita pada tahun 1941 dalam Perang Dunia Ke-2. Sekolah ini telah dijadikan sebagai Bilik Gerakan Tentera Jepun.

Apabila tentera Jepun menyerahkan diri, sekolah ini dibuka semuala pada 31.01.1946. Encik Tey Boon Yuen adalah guru besar yang pertama selepas Perang Dunia Ke-2. Ketika itu bilangan murid di sekolah ini melebihi 50 orang.

Jemaah Pengurus Sekolah telag ditubuhkan pada tahun 1948. Encik Yap Koon adalah pengerusi JPS yang pertama di sekolah ini. Pada tahun 1951 seramai 9 orang murid yang tamat darjah Enam dengan gembiranya menerima sijil-sijil tamat sekolah rendah.

Pada tahun 1953, dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada penduduk tempatan maka sebuah bangunan baru yang mempunyai 5 buah bilik darjah telah didirikan di sekolah ini.

Pada tahun 1966 sebuah padang sekolah telah diratakan oleh tentera kerja British dengan sukarela.

Pada tahun 1973, PIBG telah ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan perhubungan antara guru-guru dengan ibu bapa serta memberi kebajikan kepada murid-murid. Pada tahun yang sama sekolah ini telah mengadakan sukan tahunan kali pertama sehingga kini.

Bangunan tambahan dua tingkat yang mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah bilik TV, sebuah perpustakaan telah disiapkan dan digunakan pada 01.06.1981 di bawah Rancangan Malaysia Ke-3.

Pada tahun 1990 sekolah ini telah berjaya membina sebuah bangunan tambahan yang mempunyai 6 buah bilik darjah dengan kutipan derma orang ramai.

Pada 01.07.1997, sekolah ini merupakan sekolah rendah pertama dalam melancarkan laman web sekolah di daerah Kluang.

Sekolah ini telah berjaya memenangi anugerah Sekolah Harapan Negeri kategori SJKC Dalam Bandar sebagai Naib Johan pada tahun 1998 dan sebagai Johan pula pada tahun 2000.

Pada tahun 2000, sekolah ini merupakan sekolah SJK(C) pertama mengadakan Kelas Pendidikan Khas di daerah Kluang. Sekolah ini juga ditumpangkan 3 buah Kelas Tabika Perpaduan sejak tahun 1980 dengan 4 orang guru dan murid seramai 100 orang.

Pada tahun 2001 di bawah Rancangan Malaysia Ke-7, sekolah ini telah diperuntukkan sebuah bangunan tambahan satu sesi empat tingkat bernilai RM 1.25 juta.

Pada tahun 2002, kerajaan negeri Johor telah meluluskan permohonan sebuah padang sekolah dan menjadikan keluasan sekolah adalah 8 ekar.

Pada 1.7.2002, sekolah ini telah dinaiktarafkan kepada sekolah Gred A.

Pada 07.10.2002 pihak sekolah telah mengadakan malam amal untuk membuat kutipan derma orang ramai sebagai tabung pembinaan dewan serbaguna sekolah yang bernilai RM1.5 juta.

Pada 24.06.2004, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan makmal komputer untuk kegunaan P&P di sekolah ini ang dilengkapi dengan komputer sebanyak 20 buah.

Pada 27.01.2005 sekolah telah mengadakan majlis perasmian dewan sekolah oleh YB Ahli Parlimen Kluang iaitu YB Hoo Seong Chang.

Pada 19.01.2006 guru besar Puan Low Meng Choo telah bersara dan diganti pula dengan Encik Khoo Ken Song.

Pada 12.06.2006 piahk PIBG dan JPS telah mengadakan kelas komputer yang bermultimedia dan berangkaian internet..

Pada 27.09.2006 KPM telah memperuntukkan sebuah bangunan Prasekolah.

Pada 20.05.2007 sekolah telah melancarkan laman web sekolah iaitu www.pingming.edu.my dan email : pm@pingming.edu.my, majlis perasmian sistem siaraya berpusat dan sistem LCD dewan sekolah.

Kini sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden serta melangkah ke era penggunaan komputer dan internet. 

Kini sekolah mempunyai 51 orang guru, 7 orang kakitangan sekolah dan 941 orang murid. Sebanyak 24 kelas biasa, 3 kelas Pendidikan Khas dan 1 kelas Prasekolah telah diadakan di skeolah ini.

 

EDITOR

NO  TAJUK LAMAN WEB                  PETUGAS
1     PROFIL                                     CHONG YU HENG
2     SEJARAH SEKOLAH                  KEK PIAK YAN
3     MESEJ GURU BESAR                 WONG FOONG LENG
4     STAF                                         TAN MING YONG
5     JPS                                            TEO AI FONG
6     PIBG                                         WONG RU JIUN
7     PEMANDANGAN SEKOLAH       YEAP SOCK FUEI
8     DEWAN                                     TENG KWEE YONG
9     BILIK KOMPUTER                     TAN SEOK NI
10    PELANCARAN LAMAN              LIM HWEE YEE
11    AKTIVITI TERKINI                   GAN CHIN GUAN
12    ALBUM AKTIVITI               CHONG CHEE MENG
13    NOTIS SEKOLAH                      KHOO KEN SONG
14    KEJUARAAN                       NG HUI LING
15    TAKWIM                                   CHONG SUH FANG
16    BEKAS PELAJAR                       CHUA SIEW KIONG
17    INFO                                         KOH PAI SAM
18    BUKU PELAWAT                         PAN TIANG TIANG
19    UPSR                                         WONG SHEN WEI
20    KO-KURIKULUM                       SHEE YONG MING
21    ENGLISH LEARNING CENTRE  LOO GEOK TENG
22    VIDEO KLIP                                 LOO GEOK TENG
23    PENDIDIKAN KHAS                  LEE AH SAI
                                                             
ENG GEOK HUA
                                                             
WONG CHAI YON
24    PRASEKOLAH                           NG SHU LING
25    RENCANA                                 YIAP MEI ENG
26    EDITOR                                       LOW MEI MEI
27    SEKOLAH CEMERLANG          GAN CHIN GUAN

28    INDEX                                         GAN CHIN GUAN

 

Ucapan Perasmian Makmal Komputer

 img405/678/dscn0799og6.jpg

        Kini, kita berada dalam era yang berteknologi moden. Sekiranya kita tidak dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan komputer, kita akan disingkir daripada masyarakat ini.

        Memandangkan penggunaan komputer adalah sangat penting dalam kehidupan harian kita. SJK(C) Ping Ming telah mengadakan kelas komputer supaya murid-murid berpeluang untuk mempelajari kemahiran komputer serta memudahkan untuk mendapat maklumat dari internet.

        Selain itu, SJK(C) Ping Ming telah mempunyai laman web sendiri. Melalui laman web ini, semua lapisan masyarakat dapat memperoleh maklumat yang berkaitan dengan sekolah atau murid-murid. Tambahan pula, ibubapa boleh menyalurkan cadangan yang baik dengan melalui “e-mail” demi menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran guru-guru.

        Akhirnya, dengan ribuan terima kasih atas bantuan dan dermaan daripada JPS dan PIBG untuk mencapai kejayaan dalam kelas komputer. Diharapkan kita terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya .

 

MESEJ GURU BESAR

 img511/4568/dsc03471kv4.jpg

Tahun 2008 merupakan satu tahun yang agak mencabar untuk warga SJK(C) Ping Ming.

        Cabaran utama adalah untuk meneruskan kecemerlangan keputusan UPSR 2007 dalam setiap mata pelajaran bukannya satu perkara yang mudah. Yang kedua adalah untuk menjadikan SJK(C) Ping Ming sebagai Sekolah Cemerlang juga tidak mudahnya, ia mesti memerlukan persediaan dan persiapan yang rapi.

        Untuk mencapai wawasan ini, semua guru perlu berkorban untuk bidang pendidikan, untuk sekolah dan untuk murid-murid. Selain daripada itu, murid-murid seharusnya berdikari, berdedikasi dan berusaha dengan tekun. Tidak kurang pentingnya dengan adanya kerjasama dan sebulat hati daripada pihak JPS dan PIBG demi mendorong menempa kejayaan yang begitu mulia ini.       

        Kini, SJK(C) Ping Ming mempunyai infrakstruktur yang semakin sempurna. Terutamanya pada Tahun 2007, ia telah mendapat sumbangan derma daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat yang baik hati demi menjayakan pembangunan SJK(C) Ping Ming. Tambahan pula, SJK(C) Ping Ming akan membangunkan padang sekolah untuk menyempurnakan pelaksanaan Hari Sukan dan aktiviti-aktiviti lain supaya dapat mencungkil potensi murid-murid dalam bidang kesukanan.

        Umpama kata “bersatu teguh, bercerai roboh”.  Justeru itu, diharapkan semua lapisan masyarakat setempat dapat memberi bantuan untuk menjayakan projek ini.

        Semoga  kita semua ” Selamat Tahun Baru 2008 ” dan berkhidmat dengan gembira.

 

Hello world!

Salam sejahtera! Selamat melayari laman web SJK (C) Ping Ming. Sila tulis komen anda demi membaiki laman web kami. Sekian, terima kasih.